Assalamu'alaikum..wr wb...
Ada beberapa teman yg
menanyakan apa sih khasiat minyak zaitun dan buah zaitun setelah di
berikan buah tangan dari Timur Tengah...,dan ada pula yg menanyakan
"teh..waktu di Qatar teteh pake minyak zaitunya merk yg mana ?",dari
sedikit pertanyaan teman2..,dan sedikit2 mengerti akan khasiat dan
kegunaan buah zaitun dan minyak zaitun hasil dari browsing di
internet..intip2 milis teman2..dan tambahan dari beberapa buku resep di
rumah dan buku resep pinjaman xixixixi..(yg penting dapet ilmu..ilmu
ngeles pinjem) :D , butuh pengetahuan juga karna suami doyan banget ama
buah zaitun dan saya sendiri suka sekali dengan aneka olahan
(cake,menumis,salad)yg bahan tambahannya menggunakan minyak zaitun
..saya pikir masa mengkomsumsi bahan dan makanan tersebut tidak tau
khasiat dan kegunaannya..,inilah ulasan tentang minyak zaitun dan
buahnya..,narasumber : Sumber: Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif - Majalah
Solusi
Khasiat Buah Zaitun
Allah s.w.t
menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun, iaitu dalam surah
al-Tiin: "Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35,
disebut mengenai minyak zaitun yang penuh berkat, iaitu "Lampu itu
dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau banyak
manfaatnya iaitu) pokok zaitun."
Demikianlah, buah
zaitun disebut dalam al-Quran yang tentunya mempunyai keistimewaan
tersendiri. Dalam al-Quran, buah zaitun disebut sebanyak tujuh kali;
dua kali disebut zaitun bersendirian, lima kali disebut berserta dengan
buah-buahan lain, antaranya tamar, delima, anggur dan buah tin. Ini
menunjukkan tentu ada banyak kelebihan atau khasiat buah zaitun yang
Allah s.w.t kurniakan, bagi faedah dan kebaikan kepada manusia. Buah
zaitun nama botaninya disebut OLEA EOROPEA banyak ditanam di kawasan
Mediterranean dan tempat pernanamannya yang utama ialah di Sepanyol,
Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Minyak zaitun atau olive oil
adalah hasil perahan daripada buah zaitun.
Dalam surah
al-Nur ayat 35, Allah menyebut tentang buah zaitun, yang mana para
ulama memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada
tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
Dalam kitab
Sunan al-Tarmizi dan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadith daripada
Abdullah bin Umar yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut,
kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat."
Begitu
juga hadith riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin
Umar, Rasulullah s.a.w bersabda: "Gunakanlah minyak zaitun sebagai
lauk sekaligus minyak rambut kerana ia berasal dari pohon yang
diberkati."
Minyak zaitun bersifat lembap pada
peringkat pertama. Justeru, ada yang mengatakan ia bersifat kering
adalah tidak benar. Teksturnya bergantung pada kandungan minyaknya.
Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun yang sudah masak adalah
yang paling elok dan paling stabil. Manakala yang dihasilkan daripada
buah yang mentah pula cenderung bersifat sejuk dan kering.
Minyak
yang dihasilkan daripada buah zaitun merah mempunyai kualiti
sederhana. Minyak yang diperbuat daripada buah zaitun yang berwarna
hitam mampu memberikan kehangatan sekali gus kelembapan dengan
stabil.
Antara khasiat minyak zaitun, ia boleh mengatasi
racun, melapangkan perut dan mengeluarkan cacing. Minyak zaitun
mengandungi vitamin E dan vitamin K yang baik untuk kesihatan kulit
terutamanya untuk rawatan kecantikan wanita. Jika diperah dengan
campuran air, panasnya berkurang, lebih lembut, dan lebih berkhasiat.
Zaitun
boleh menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban. Dengan
menggunakan minyak zaitun setiap hari, rambut dan kulit bersinar.
Kegunaan untuk tubuh adalah lazimnya disapu setiap kali selepas mandi
pada permukaan tubuh. Minyak zaitun mudah meresap, sehingga tidak
perlu bimbang ia melekit.
Jus zaitun yang dicampur
garam boleh menguatkan gusi. Daunnya boleh meredakan dan merawat
demam, kesemutan, kudis dan mencegah peluh berlebihan.
Dari Sudut Saintifik
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains, tidak dinafikan banyak yang mengiktiraf khasiat buah zaitun.
Minyak
zaitun adalah antara minyak yang bernilai tinggi dalam bidang
kesihatan. Selain minyak zaitun bertindak sebagai penambah zat
makanan, ia juga bertindak mencuci dan membaik pulih perut dan penawar
racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami
kegagalan fungsi buah pinggang.
Minyak zaitun juga boleh
diambil sebagai sapuan luaran, selain bertindak sebagai pelicin, ia
sebagai pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis.
Menurut
al-Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi s.a.w bersabda, "Makanlah minyak
zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang
diberkati."
Dari sudut pandangan sains pemakanan,
minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan
sebagao "monounsaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya
dalam darah. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan di
Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford, mengkaji perkaitan
antara kanser dan pemakanan seseorang.
Didapati bahawa
negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah
dalam pengambilan sayur-sayuran, mempunyai risiko dan kes penyakit
kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan
kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (Januari 2005),
pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan
minyak zaitun boleh mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser
payudara kerana kandungan oleic acid yang terdapat di dalamnya.
Khasiat Minyak Zaitun
Menurut
ImamIbn Qayyim al-Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung
kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik
adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak,
manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat
sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum lebih cenderung
menjadi panas dan mengurai.
Oleh sebab itu, jika ia
diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak
dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walau bagaimanapun semua jenis
minyak zaitun boleh melembutkan kulit serta melambatkan penuaan.
Minyak
zaitun boleh melawan racun dalam badan dengan bertindak sebagai
laxative dan menyingkir cacing di dalam badan. Pengambilan minyak
zaitun amat bermanfaat untuk mencegah penyakit jantung. Minyak zaitun
banyak digunakan sebagai bahan asas produk kecantikan dan ramuan
kosmetik. Minyak zaitun juga boleh digunakan sebagai minyak masak.
Walaupun banyak berpendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak
atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidak sesedap makanan yang
digoreng dengan menggunakan minyak sawit, namun ia ada kelebihan
tersendiri dari sudut kesihatan.
Minyak masak selain
yang berasaskan zaitun jika digunakan berulang kali menyebabkan
jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk
kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap
sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak
zaitun kerana ia boleh digunakan berulang kali dan tidak mengalami
proses pengoksidaan serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau.
Melihat
pada keadaan dan tahap kesihatan umum terkini, penyakit jantung yang
dikatakan sebagai pembunuh secara senyap boleh dikurangkan.
Pengambilan minyak zaitun boleh mencegahnya kerana ia kaya dengan
bahan phenol. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi dan
mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah.
Pada
hari ini, produk berasaskan buah zaitun telah banyak dihasilkan dengan
dipelbagaikan produknya dengan teknologi terkini, antaranya sebagai
bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut,
barangan kecantikan, sabun dan juga sebagai makanan tambahan.
Abu
Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Ambillah minyak
zaitun dan sapu ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh
(beberapa) penyakit dan juga juzam (kusta)."
Justeru,
khasiat buah zaitun merupakan anugerah Allah yang amat bernilai untuk
dimanfaatkan kerana bukan sahaja ia disebut dalam al-quran malah
pakar-pakar sains juga mengiktiraf keistimewaannya.
SUBHANALLOH
yaa...khasiatnya luar biasaa....,nah ulasan yg saya dapat dari buku
resep "PASTA PANGGANG" yg dapet pinjem dari seorang teman *juragan
burger yg sangat terkenal di Serang* buku ini lumayan jadul.. :),sangat
lengkap di dalamnya..saya cari2 di Gramedia kok gak ada...katanya beliau
mendapatkan ini dari alm.ibu mertuanya,beliau beli pd tahun 1995...
Dalam buku ter sebut mengulas :
Minyak
zaitun bisa di sebut Cairan emas karna nilai kandungan nutrisinya dan
nilai sejarah dan ritualnya serta rasanya yg prima,,dari olahan minyak
tersebut banyak yg menawarkan keragaman jenis KARAKTER,AROMA dan cita
rasa berbeda,banyak varianminyak zaitun yg perlu di simak, EXTRA VIRGIN
OIL di peroleh dari perahan pertama buah zaitun.jenis minyak lainnya di
peroleh dari hasil kedua,ketiga,atau keempatperahan buah zaitundan di
padukan atau di olah dengan cara di panaskan untuk mendapatkan ekstra
minyaknya..,jadi semakin di proses semakin ringan rasanya,semua jenis
minyak zaitundari perahan kedua EXTRA VIRGIN OIL hingga perahan terakhir
bisa untuik menggoreng,pembuatan saus slada,marinande,atau
memanggang,kualitas minyak zaitun juga di tentukan dengan tingkat ke
asamannya..semakin rendah tingkat keasamannya semakin tinggi
kwalitasnya...
#EXTRA VIRGIN OLIVE OIL : merupakan
kualitas minyak zaitun nomor satu,seperti wine,mutu extra virgin olive
oil berbeda dari tahun ke tahun,sesuai kondisi iklim,tanah tempat
tumbuhnya pohon zaitun,dan jenis buah zaitun yang di pakai.EXTRA VIRGIN
OLIVE OIL berwrna hijaubercita rasa kayadengan rasa buah yg
tebal,memilikin tingkat ke asaman 1% dan harus berlabel "COLD PRESS"
karna selama proses pembuatan tidak memakai proses pemanasan (panas bisa
mempengaruhi cita rasa minyak ),extra virgin oil ini sempurna di pakai
sebagai celupan roti atau saos untuk sajian pasta or salad.
#PURE
OLIVE OIL : di peroleh dengan cara proses pemanasan dari virgin olive
oil dan terkadang memakai prosem kimiawi.mempunyai aroma dan rasa lebih
ringan,tidak mudah pecah di suhu tinggi karna itu cocok di pakai untuk
menumis atau menggoreng.berwarna agak kuning.
#LIGHT OLIVE
OIL : di olah dari hasil pengolahan extra virgin atau pure jika tidak
begitu suka dengan aroma minyak zaitun,ini pilihan yg paling cucok
boo...,berwarna agak bening.
***TIPS :
1.musuh
minyak adalah sinaar matahari,karna itu bungkus botol minyak
zaitun,dengan kertas foil agar tidak terkena sinar matahari langsung dan
mutu awet dan bagus .simpan di tempat yg dingin dan gelap.jangan dalam
kulkas karna minyak akan membeku jika suhu terlalu dingin.
2.setiap
botol atau kaleng minyak zaitun memiliki tanggal kadarluarsa
,perhatikan ketika membelinya.meskipun jika membelinya minyak zaitun
dalam jumblah kecil cenderung lebih mahal harganya,tetapi menjadi lebih
murah di bandingkan jika teman2 membuang minyak zaitun yg telah
kadaluarsa karna jarang di pakai.
3.cobalah berbagai merk minyak zaitun,untuk mengetaui pilihan teman2..
Semoga
membantu ulasan panjang di atas dan tidak bingung lagi buat teman2 yg
melihat beda2 jenis dan warna minyak zaitun di tempat Negara ke 2
kalian...,selamat hunting..ya :)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar